
Pertandingan antara Tan Sri Muhyiddin Yassin,Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib bagi merebut jawatan Timbalan Presiden semestinya akan menjadi highlight pemilihan UMNO Mac ini. Apa yang menarik ketiga-tiga mereka pernah berentap dalam arena pemilihan Naib Presiden pada tahun 2004. Malah Muhyiddin dan Muhammad pernah sama-sama bersaing merebut jawatan Naib Presiden sejak pemilihan tahun 1993 lagi. Juga ini adalah pertama kali sejak 21 tahun UMNO berdepan dengan pertandingan jawatan nombor dua. Dalam pemilihan tahun 1987 Allahyarham Tun Ghafar Baba telah menewaskan Tun Musa Hitam. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT ATAU KLIK PADA LINK INI UNTUK SENARAI CALON PRESIDEN / TIMBALAN DAN NAIB - 9/11/2008

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menjadi calon ke-7 melayakkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden apabila memperolehi pencalonan ke-20 hari Ahad. Beliau mendapat dua pencalonan terbaru daripada UMNO Bahagian Ampang dan UMNO Bahagian Temerloh. Manakala Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, jadi calon ke 8 apabila turut dicalonkan oleh UMNO Bahagian Temerloh ,Rembau dan Putatan menjadikan jumlah pencalonannya 21 lebih satu melepasi kuota layak bertanding. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 9/11/2008
Kesemua jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan dipertandingkan dalam pemilihan parti Mac 2009 di mana setakat ini melibatkan 135 orang yang telah melayakkan diri dengan memenuhi kuota pencalonan yang disyaratkan. Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda akan menjadi rebutan oleh tiga calon yang terdiri dari Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar yang kini memperolehi 52 pencalonan.Berada di atas pencalonan terbanyak adalah Datuk Mukhriz Mahathir, 74 pencalonan dan dikuti bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang memperolehi 62 pencalonan. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.- 10/11/2008